Laluan 1
1. Sekiranya anda dari Pantai Barat atau SELATAN Tanahair, keluar dari lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Sg. Dua, Butterworth menghala ke Bagan Ajam.
2. Dari pekan Bagan Ajam, ambil arah kanan menuju ke Telok Air Tawar atau Kepala Batas dalam jarak pemanduan lebih kurang 6 km. (Perhatian bahawa Simpang Bagan Ajam ke Telok Air Tawar berada di bawah "Flyover").
3. Anda akan melalui Pengkalan Tentera Udara, Permatang Kucing di sebelah kiri dan kanan jalan.
4. Teruskan pemanduan sehingga berjumpa pekan Telok Air Tawar.
5. Apabila anda sudah berada di Telok Air Tawar, cari mercutanda "PERODUA".
6. Gunakan Laluan Pintas iaitu melalui lorong batu kasar di bawah pohon besar berhadapan PERODUA tersebut.
7. Teruskan memandu tanpa membelok, pastikan anda akan melintasi sebuah jambatan kecil.
8. Selepas melintasi jambatan kecil tersebut, akan kelihatan Kompleks Sukan Titi Mukim di sebelah kiri dan PAKSU Budget Homestay adalah di sebelah kanan.
9. Jarak di antara PERODUA ke PAKSU Budget Homestay adalah sekitar 400 meter sahaja.
Laluan 2
1. Sekiranya anda dari Pantai Timur atau UTARA Tanahair, keluar dari lebuhraya Utara-Selatan melalui Tol Bertam, Kepala Batas (ataupun menggunakan jalan lama) menghala ke Telok Air Tawar atau Butterworth dalam jarak sekitar 9 km.
2. Teruskan pemanduan sehingga berjumpa JPJ Timbang di sebelah kiri jalan.
3. Dari JPJ Timbang tersebut, akan kelihatan dari kejauhan sebuah Pangsapuri (Apartment) berwarna kelabu di sebelah hadapan kanan anda yang jaraknya lebih kurang 1 km.
4. Untuk ke Apartment berkenaan, terdapat sebuah simpang yang menuju ke Penaga di sebelah kanan anda selepas JPJ Timbang tersebut.
5. Belok ke kanan menuruti simpang ke Penaga tersebut dan anda akan melintasi sebuah gerai makan dan bengkel membaiki kenderaan di sebelah kiri jalan.
6. Dalam 200 meter selepas bengkel membaiki kenderaan tersebut terdapat satu laluan di sebelah kiri jalan.
7. Pandu kenderaan anda mengikut laluan kiri tersebut sejauh lebih kurang 400 meter dan anda akan jumpa Kompleks Sukan Titi Mukim di sebelah kanan dan PAKSU Budget Homestay adalah di sebelah kiri.
Selamat Datang Ke PAKSU BUDGET HOMESTAY
Suasana persekitaran yang hening dan tenang
menyajikan penginapan yang damai dan tenteram
menyajikan penginapan yang damai dan tenteram